Selamat Datang My Blok

17 Februari 2011

Andai waktu itu mampu aku takluk


andai waktu itu mampu aku takluk
akan aku abadi di sisimu
akan aku setia pada rinduku
akanku seru namamu
menggetar cinta

andai waktu itu mampu aku takluk
ingin sekali aku dakap bayangmu
ingin sekali aku genggam tanganmu
biar kau tahu
tidak rela aku kehilangan
walau hanya sekujur bayangmu

andai waktu itu mampu aku takluk
ingin ku beritakan pada seluruh alam
kesaktian cinta
keagungan kasih
dan selautan rindu ini
hanya untuk mu
hanya kerana mencintaimu
hanya kerana merinduimu

Tiada ulasan: